FARAH!!!!
jangan menyerah!
teruskan usaha!
gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya kan..
igt, Allah takkan aniaya hambaNya..
keep trust in Allah..
jangan putus asa..
yup, believe in yourself.. :)
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau
masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang
dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah
uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji
seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah
hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana
sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya
jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh
dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita
tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang
berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu
segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi
ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah
yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada
sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang
sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah
berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji
hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi
ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat
lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah
menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang
Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak
bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat
kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu
ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya
Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan
manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia
kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap
mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan
pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa
bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada
Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri
kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah
swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya,
Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang
menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah
kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri
mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan
hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri
kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah
tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti
menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah
sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan
sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak
mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu
selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian
yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt
sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas
ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang
terbaik!
p/s:just copy paste from somewhere else. hopefully ujian akan lebih menguatkan iman kita. insyaAllah........ devotees :) my favourite nasyid team..hehe..