Saturday, May 5, 2012

macamana nak istiqamah ek??

bismillahirrahmanirrahim..dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

hmm..diam x diam, sedar x sedar dah 3 mgu aku tersadai di rumah kesayangan..hee..jap2..ape je keje yg ko dah buat cik saudari oii?? dah habis kemas rumah ke? dah habis belajar sume resipi masak? dah habis bace sume novel kat rumah tu? alahai..MESTI la belum! erk..habis tu apakah yg saya lakukan sepanjang 3 mgu beristirehat di rumah? goyang kaki sahajakah? atau membesarkan perut, atau memperbanyakkan lemak, atau asyik memproses taik mata?erk..ape kau merepek ni.. tp kan..bile fikir2 balik, tahap kemalasan & keliatan aku utk buat ape shj aktiviti sudah semakin meningkat grafnya sejak 2, 3 mgu ni..apakah?nak jadi ape anak dara sorg ni..ish3..ya Allah, bawalah pergi segala sifat malasku ini..pergi lah jauh..pergi..
hmm..bile fikir lg..aku ni lebih rajin waktu ade kat kolej dulu nak dibandingkan aku kat rumah skrg..mengapakah hal yg sedemikian berlaku?erk..skemanye..
jap..amalan2 yg ko buat kat kolej dulu ko sambung kat rumah ke tak?hmmm..macam taakk je.. T_T
ya Allah, hindarilah aku drpd sifat leka dan lalai..
yup, mmg x boleh jd ni..u have to do something, farah..
cari punye cari, google punye google..macamana nak istiqamah ek?dan terjumpelah aku dgn sekian yg di bawah ini.. :)


1. banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.
2. berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.
3. untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa.
4. berdialoglah dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.
5. bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah.  ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’.

ya, itu dia antara yg dpt dilakukan utk istiqamah dlm beramal. lagi2 dlm beribadah kpd Allah SWT.


Firman Allah Taala:


(Surah Yusof ' Ayat 87)
Ertinya:  Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.




Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."( HR Muslim )


yup, dlm melakukan amal ibadah tu buat la sikit tetapi tetap dan berterusan. ingat, 'Allah melihat usaha bkn kpd hasilnya' . dan buat la sesuatu hanya krn Allah SWT.

Ya Allah, jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah.
Ya Rahman, jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah.
Ya Rahim, jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah.
Amin.

ya Allah, thank you for everything.
I LOVE YOU, ALLAH.