Saturday, August 25, 2012

wohohoho hari raya~

bismillahirrahmanirrahim...

hari ni dah raya ke-7..
so, boleh lagi kot nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI..mohon maaf segala salah silap, sengaja atau tak sengaja..harap dimaafkan semuanya..



Taqabbalallahu Minna Wa Minkum..

semoga Allah menerima amalan aku dan kamu...

aminn..


Wednesday, August 15, 2012

tinggal 1..2..3..4..hari lagi??


bismillahirrahmanirrahim..
ermm..sebak rasanya hati mengenangkan ramadan 1433H dah nak habis..serious sedih.. T_T


 Bagaikan menunggu tetamu istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di seluruh pelusuk dunia.

Namun, Ramadan kini sudah hampir ke penamatnya.
Jadikan hari-hari terakhir ini yang terbaik. 

Ya, masih ada masa utk lakukan pecutan terakhir. Mari kita terus hidupkan saat-saat terakhir Ramadan ini. Teruskan amal kita demi menggapai rahmat, redha dan ampunanNya. 

Selamat menempuh hari-hari terakhir Ramadan dengan ibadah yang jitu, semoga mendapat keampunan Allah dan dijauhkan drpd api neraka untuk menuju destinasi syurga Allah yg serba indah dan kekal abadi.
Dan semoga kita terus ikhlas dan istiqamah dalam amal dan ibadah kepadaNya dalam bulan-bulan mendatang.


Ramadan, lelehan air mata kesedihan pasti mengiringi pemergianmu. 
Ramadan, kehadiranmu pasti dirindui. 

Ramadan, semoga dengan kehadiranmu kali ini membuatkan kami menjadi hamba Allah yang meningkat keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.



Tiada hari seindah jumaat,
Tiada kata seindah zikir, 
Tiada Ibadah seindah solat,
Tiada BULAN seindah RAMADAN..
moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadan seterusnya. amin. InsyaAllah.





Daripada Abdullah ibn Mas'ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w selalu membacakan doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
(Allahumma inni as-alukal-huda wat-tuqo wal-'afaafa wal-ghinaa)
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dariMu agar kurniakan daku PETUNJUK, keTAQWAan, keAMPUNan dan kecukupan." riwayat Muslim.


ya Allah, bahawasanya dikaulah Tuhan yang memberi keampunan dan suka memberikan keampunan. 
oleh itu, ampunilah kami.
ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaanMu dan hindarkanlah kami dari kemurkaanMu dan dari api neraka.
aminn.

Friday, August 10, 2012

ohhhhhhhhhhhhhh~

bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

ok..dengan sukacitanya nak memberi sesuatu kat sini hari ni dgn harapan dpt memberi sesuatu kpd diri yg lemah ini serta sape2 je la yg rase nak baca..hehe..
alhamdulillah td pagi td sempat pergi majlis penyerahan WPP (wang pendahuluan pembiayaan)..hehee..nak masuk U la katekan..ckp pasal masuk u ni tetibe cuak la pulak..almaklumla dah sekian lama kan bertapa kat rumah ni..bertapa?haha pape je la..yup, tetap bersyukur krn diberi peluang masuk u..bukan UM pn takpela..at least ade la chance rase duduk kat UM tu kan..tak smbung degree kat situ kat U lain pun ok..janji nak belajar..betul x?
hmm..puasa..raya..sambung belaja..UMS..:)

cakap pasal nak masuk U ni semangat tu mesti la kena ade kan..tp yela da jadi penganggur kat rumah ni for almost 4 months membuatkan perasaan malas tu kadang2 menyinggah la jugak..hehehee..ok2 kita buang semua rase malas tu & mulakan azam baru..yup, must be OPTIMISTIK..
cakap pasal optimis ni, yela, kalo rase tak yakin dgn kebolehan diri, hmm susahla nak berjaya kan..so, sikap optimis atau dengan kata mudah berfikiran POSITIF dan percaya pd diri sendiri kena la ade dlm diri ni if rase2 nak success in life duniawi wa ukhrawi..hmm..Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Taala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan. alhamdulillah, Allah dah kurniakan kita dgn segala kecukupan dan kemampuan..so apelagi, all out la kan.. :D


Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala' bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (Surah Ar-Ra'du: Ayat 11)




Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Taala.  Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Taala.
Firman Allah Ta'ala:
(Surah At-Taubah Ayat 120)
Ertinya:  .....Sesungguhnya Allah tidak  menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama.  Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit.  Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Taala.  Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.
Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Taala ialah optimis bahawa Allah maha Pemberi rahmat dan Maha memperkenankan harapan hamba-hambanya.  Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya.  Jika kita mengalami nasib yang kurang baik janganlah kita kecewa dan putus asa.  Percayalah bahawa Rahmat  Allah amat baik dan tidak putus-putus.
Firman Allah Taala:
(Surah Yusof Ayat 87)
Ertinya:  " Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.



so, paling penting kat sini is if we do something, buat dgn bersungguh-sungguh, full effort and all out..ape yg kita usahakan berserahlah kpd Allah dan percaya dengan Allah. nak buat apa2 pun ingat kat Allah. mulakan dengan bismillah akhiri dengan alhamdulillah. 

peringatan buat diri ini juga, apa2 pun yg Allah dah tentukan, itu adalah yg terbaik buat kita. jangan putus percaya dengan Allah, Tuhan yang Maha Adil, maha pemberi kurnia :)

credit to,

p/s: sangat geli dengan ulat sampah..







Monday, August 6, 2012

al-Quran penyuluh hidup~




fuhhhh..setelah sekian lama x menjengah ke laman ni..sebenarnye ade la sebab2 tertentu yg membuatkan aku  lama x update kat sini. hehee.
tp sebelum tu... assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..syukur alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan tuhan yg maha Esa, Allah SWT .syukur krn pd saat dan detik ini kita masih diberi peluang utk menghirup udara kurniaan Allah SWT. syukur krn pd waktu dan ketika ini kita masih dikurniakan kesihatan yg baik yg membolehkan kita melakukan sgala aktiviti seharian ditambah pula dgn amal ibadah kepadaNya.
syukur juga krn kita masih berpeluang berada di bulan mulia, bulan Ramadhan almubarak ini. dan salam NUZUL ALQURAN. 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
yup, semoga Al-Quran akan sentiasa menjadi wadah yg mewarnai hidup kita. bacalah al-Quran setiap hari. jika tidak mampu, memadailah walaupun hanya satu ayat. jika tidak mampu juga, cukuplah dgn hanya memandang al-Quran & tanyalah pd diri, "ya Allah, apakah dosaku hingga aku tidak mampu membaca ayatMu?"


haaaa, kalo da rase malas sgt nak baca al-Quran, dengar pun ok kan. dpt pahala & manfaat jugak. :) jadikan AL-QURAN penyuluh hidup kita :)





ya Allah, rahmatilah kami dengan kemuliaan al-Quran.
jadikanlah ia cahaya yang menyuluh di setiap langkah kami,
cahaya yang menuntun kami ke syurgaMu. amin.

SALAM NUZUL AL-QURAN 1433H! ^________^

Saturday, May 5, 2012

macamana nak istiqamah ek??

bismillahirrahmanirrahim..dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

hmm..diam x diam, sedar x sedar dah 3 mgu aku tersadai di rumah kesayangan..hee..jap2..ape je keje yg ko dah buat cik saudari oii?? dah habis kemas rumah ke? dah habis belajar sume resipi masak? dah habis bace sume novel kat rumah tu? alahai..MESTI la belum! erk..habis tu apakah yg saya lakukan sepanjang 3 mgu beristirehat di rumah? goyang kaki sahajakah? atau membesarkan perut, atau memperbanyakkan lemak, atau asyik memproses taik mata?erk..ape kau merepek ni.. tp kan..bile fikir2 balik, tahap kemalasan & keliatan aku utk buat ape shj aktiviti sudah semakin meningkat grafnya sejak 2, 3 mgu ni..apakah?nak jadi ape anak dara sorg ni..ish3..ya Allah, bawalah pergi segala sifat malasku ini..pergi lah jauh..pergi..
hmm..bile fikir lg..aku ni lebih rajin waktu ade kat kolej dulu nak dibandingkan aku kat rumah skrg..mengapakah hal yg sedemikian berlaku?erk..skemanye..
jap..amalan2 yg ko buat kat kolej dulu ko sambung kat rumah ke tak?hmmm..macam taakk je.. T_T
ya Allah, hindarilah aku drpd sifat leka dan lalai..
yup, mmg x boleh jd ni..u have to do something, farah..
cari punye cari, google punye google..macamana nak istiqamah ek?dan terjumpelah aku dgn sekian yg di bawah ini.. :)


1. banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.
2. berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.
3. untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa.
4. berdialoglah dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.
5. bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah.  ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’.

ya, itu dia antara yg dpt dilakukan utk istiqamah dlm beramal. lagi2 dlm beribadah kpd Allah SWT.


Firman Allah Taala:


(Surah Yusof ' Ayat 87)
Ertinya:  Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.




Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."( HR Muslim )


yup, dlm melakukan amal ibadah tu buat la sikit tetapi tetap dan berterusan. ingat, 'Allah melihat usaha bkn kpd hasilnya' . dan buat la sesuatu hanya krn Allah SWT.

Ya Allah, jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah.
Ya Rahman, jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah.
Ya Rahim, jadikanlah aku ikhlas dan istiqamah.
Amin.

ya Allah, thank you for everything.
I LOVE YOU, ALLAH.





 

Monday, April 30, 2012

..aku, mereka dan pasum..

bismillahirrahmanirrahim..

erk..erm..tergamam..-.- secara officialnya, aku da abis PASUM..what???that fast???apesal rase cam baru daftar je minggu lepas?takkan dah abis kot!!!erghhh..mcm mimpi ngeri je..hmmm..
tp yela..have to accept that pasum's life is OVER for you, farah!

nak mengimbau balik kenangan kat PASUM..hmm..belambak..countless..
rindu kat tasik kk12 terchenta :)
nak kejar itik lagi! haha..


mula2 masuk x ramai kwn lg..pegi mane pn berdua je ngan roommate a.k.a syahira yusoff..hehe..makin lame makin ramai la sahabat2 dekat pasum ni..alhamdulillah..ukhuwah fillah abadan abada..insyaAllah.. :)
aku kat pasum ni kire ade geng la..hehe..siap diberi gelaran oleh geng lain lg..gelaran ape?opss..x boleh ckp kat sini la..hee..
kitorg pergi mane2 pn same2..rindunye korang..tp geng2 pn kitorg still bersahabat ngan org lain ye..hehe..




ohh syud, ainnur, tieqa, ira, zura..sayaaaaaaaanggg korang! <3











hmmm..banyak tempat kat pasum n kk12 yg semestinye aku akn rindu..wuaaaaa..tempat2 aku tuntut ilmu..semoga ape shj yg aku lakukan mndapat barakah drpd Allah SWT..insyaAllah..semoga segala ilmu diberkati Allah dan dapat dimanfaatkan..aminn..


       kat kafe kk12 :) tempat kitorg menjamu selera setiap hari..smpai kene pikir nak makan ape..haihh..mcm2..




















kat dewan tunku canselor (DTC) :)




hmmmm...aku group ape ek kat pasum ni?heee..group U1 laaa..best kot group ni..tutor sume best..kengkawan sempoi..siap ade mak, abah, tukang kebun la, driver la segala bagai..seronok2..haha..
lg satu yg best nye group ni sbb budak laki 4 org je..hehe..ohh ketua siape?mst la pidot yg ade kat mane2 je..adoi..si ketua aku ni kat mane2 pn nmpak dia..aku x paham betui..hehe..dua sem ni same2 ngan korg..mst nnt aku rindu giler kat korg kann..tutorial same2, lab same2..korg best korg tau x?hmm..lukis bio pn nak tiru, lab chem buat sorg sikit..hehehehe..sume kenangan~

last day of lab bio.........


pape pn, setiap yg bertemu pasti akn berpisah kan..tp perpisahan itu tidak akn sesekali merenggangkan ukhuwwah yg telah dibina..kalian semua sentiasa berada dlm doa aku..insyaAllah, semoga akn ade lg pertemuan antara kita semua..moga ape yg korg nak dlm hidup ini akn dimakbulkan oleh Allah..semoga berjaya duniawi wa ukhrawi :) aminn..
terima kasih utk segalanya..saat manis masam, suka duka..jgn buang dr kotak igtan korg ye..makan same2, tido same2, study same2, gelak same2, nangis same2, risau same2, stress same2..hehe..yup, byk momen indah kat pasum ni..
sayaaaannnggg sahabat2 ku sume..
mohon maaf andai tutur kata, bait bicara, gerak anggota ni yg mungkin mengguris hati sahabat semua sama ade sedar atau tak..igtlah, x terlintas pn di hati ini nak sakitkan hati kalian..sorry for everything, ye :)

nur atiqah hamzah.
_mak!!!!agak2 boleh pgl mak lg x lepas ni?penolong group yg sgt la berdedikasi smpai kitorg sume pgl 'mak'..hmm..bile kite nak g jumpe prof same2 lg ni?lepak2 kat blok pensyarah..lepak2 kat library..struggle same2..duk sebelah time tutorial..sharing story..share problems..kongsi roti time tutorial sbb x sarapan..-.- sape la tu yg suka amik roti aku kan..hehee..our 'perfect partner' yg menjadi topik kegemaran teacher kesayangan..hmm..miss u la mak..

nurul syuhada binti abu bakar.
_sahabat lama yg tetibe muncul di pasum..muahaha..terima kasih ya Allah krn mempertemukan kembali kami di sini..haha..ko mst rindu kan gaduh ngan aku..suka musnahkan anganan aku tp ko la yg plg kecoh..ade ko baru kitorg boleh gelak sakan kan..haha..byk story mory yg kite share..nangis same2..eh, yeke?hahaa..

noor syahira binti yusoff.
_ohh my roommate..thanks for everything..walaupun kat seseri dulu kite x rapat, tp kite sgt rapat kat pasum ni kan..dulu mula2 g mane2 pn same2..da la lab pn same..share tudung la, pashmina la, selendang la..mula2 masuk kite mst tangkap gamba sorg2..sbb sorg pose sorg tgkap..haha..kenangan~

ainnur syahidah binti azizan, noratiqah binti masri.
_uitt jiran depan bilik..terima kasih sbb join geng aku, ira n syud..hehe..terima kasih sbb bg aku selalu menyemak kat bilik korg..terima kasih utk soalan2 yg aku pernah tanye n korg jawab..tgk movie same2..final destination..hehe..dan khas utk ainnur, terima kasih krn telah terpengaruh dgn lagu albi nadak..sorry la sbb selalu melalak kat korg kan..hahaa..

and kawan2 pasum yg lain..thanks utk kenangan manis yg korg coretkan buat igtan aku sepanjang hayat~
mcm2 sampai dah tak terluah kat sini..hehee..


*moga ukhuwwah yg kite bina dirahmati olehNya dan berkekalan hingga ke Jannah..dan semoga Allah meredhai setiap derap langkap kehidupan kita..insyaAllah..
maas salamah wa illal liqhak..byebye PASUM!semoga bertemu kembali.. :D



Monday, April 23, 2012

aku rindu...

Assalamualaikum..
Apa khabar jodohku?
Jujur aku katakan, aku merindumu, wahai jodohku.. Tapi saat ini belum waktunya untuk kita bertemu. Bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi dalam kehidupan kita menuju redhaNya.

Tidak aku nafikan, berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? apakah kau senantiasa berada di atas jalan menuju syurgaNya? aku sntiasa berdoa yg terbaik untukmu. InsyaAllah.

Jodohku, 
Adakah kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir?
apakah mulutmu terus menerus berzikir mengingatiNya?
Kadang–kala aku berfikir, apakah nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih sabar menantimu. Janganlah hatimu bersedih, senyumlah. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Andai detik ini hatimu sedang berduka, berwuduklah. dekatkanlah dirimu kepada-Nya. insyaAllah kau kan temui ketenangan dan kebahagiaan. Aku di sini sentiasa berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..rindu sangat..Adakah kau juga rindu padaku?
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak juga harapanku untuk menantikan nasihat–nasihatmu buatku.
Ya, hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Bagaimana dengan Quranmu? Sudahkah kau baca di antara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah yang kau baca itu?Ceritakanlah kepadaku. aku teringin mendengarnya.
Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku akan setia mendengarnya.
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari? Semakin baikkah harimu? Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan Al-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan pelbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu daripada hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekurangan dan kelemahanku. kuharap kau mampu untuk membimbingku seterusnya menjadi imamku.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan. kerana aku di sini masih setia menantimu.

Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.


edit edit dari,
- Artikel iluvislam.com

sahaja aku mencintaiMu~

Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu
Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu
Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!
Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!
Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki
Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..


Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Amad