Wednesday, August 15, 2012

tinggal 1..2..3..4..hari lagi??


bismillahirrahmanirrahim..
ermm..sebak rasanya hati mengenangkan ramadan 1433H dah nak habis..serious sedih.. T_T


 Bagaikan menunggu tetamu istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di seluruh pelusuk dunia.

Namun, Ramadan kini sudah hampir ke penamatnya.
Jadikan hari-hari terakhir ini yang terbaik. 

Ya, masih ada masa utk lakukan pecutan terakhir. Mari kita terus hidupkan saat-saat terakhir Ramadan ini. Teruskan amal kita demi menggapai rahmat, redha dan ampunanNya. 

Selamat menempuh hari-hari terakhir Ramadan dengan ibadah yang jitu, semoga mendapat keampunan Allah dan dijauhkan drpd api neraka untuk menuju destinasi syurga Allah yg serba indah dan kekal abadi.
Dan semoga kita terus ikhlas dan istiqamah dalam amal dan ibadah kepadaNya dalam bulan-bulan mendatang.


Ramadan, lelehan air mata kesedihan pasti mengiringi pemergianmu. 
Ramadan, kehadiranmu pasti dirindui. 

Ramadan, semoga dengan kehadiranmu kali ini membuatkan kami menjadi hamba Allah yang meningkat keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.



Tiada hari seindah jumaat,
Tiada kata seindah zikir, 
Tiada Ibadah seindah solat,
Tiada BULAN seindah RAMADAN..
moga Allah mempertemukan kita dengan Ramadan seterusnya. amin. InsyaAllah.





Daripada Abdullah ibn Mas'ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w selalu membacakan doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
(Allahumma inni as-alukal-huda wat-tuqo wal-'afaafa wal-ghinaa)
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dariMu agar kurniakan daku PETUNJUK, keTAQWAan, keAMPUNan dan kecukupan." riwayat Muslim.


ya Allah, bahawasanya dikaulah Tuhan yang memberi keampunan dan suka memberikan keampunan. 
oleh itu, ampunilah kami.
ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaanMu dan hindarkanlah kami dari kemurkaanMu dan dari api neraka.
aminn.

No comments:

Post a Comment