Friday, August 10, 2012

ohhhhhhhhhhhhhh~

bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

ok..dengan sukacitanya nak memberi sesuatu kat sini hari ni dgn harapan dpt memberi sesuatu kpd diri yg lemah ini serta sape2 je la yg rase nak baca..hehe..
alhamdulillah td pagi td sempat pergi majlis penyerahan WPP (wang pendahuluan pembiayaan)..hehee..nak masuk U la katekan..ckp pasal masuk u ni tetibe cuak la pulak..almaklumla dah sekian lama kan bertapa kat rumah ni..bertapa?haha pape je la..yup, tetap bersyukur krn diberi peluang masuk u..bukan UM pn takpela..at least ade la chance rase duduk kat UM tu kan..tak smbung degree kat situ kat U lain pun ok..janji nak belajar..betul x?
hmm..puasa..raya..sambung belaja..UMS..:)

cakap pasal nak masuk U ni semangat tu mesti la kena ade kan..tp yela da jadi penganggur kat rumah ni for almost 4 months membuatkan perasaan malas tu kadang2 menyinggah la jugak..hehehee..ok2 kita buang semua rase malas tu & mulakan azam baru..yup, must be OPTIMISTIK..
cakap pasal optimis ni, yela, kalo rase tak yakin dgn kebolehan diri, hmm susahla nak berjaya kan..so, sikap optimis atau dengan kata mudah berfikiran POSITIF dan percaya pd diri sendiri kena la ade dlm diri ni if rase2 nak success in life duniawi wa ukhrawi..hmm..Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Taala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan. alhamdulillah, Allah dah kurniakan kita dgn segala kecukupan dan kemampuan..so apelagi, all out la kan.. :D


Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala' bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (Surah Ar-Ra'du: Ayat 11)




Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Taala.  Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Taala.
Firman Allah Ta'ala:
(Surah At-Taubah Ayat 120)
Ertinya:  .....Sesungguhnya Allah tidak  menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama.  Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit.  Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Taala.  Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.
Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Taala ialah optimis bahawa Allah maha Pemberi rahmat dan Maha memperkenankan harapan hamba-hambanya.  Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya.  Jika kita mengalami nasib yang kurang baik janganlah kita kecewa dan putus asa.  Percayalah bahawa Rahmat  Allah amat baik dan tidak putus-putus.
Firman Allah Taala:
(Surah Yusof Ayat 87)
Ertinya:  " Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.



so, paling penting kat sini is if we do something, buat dgn bersungguh-sungguh, full effort and all out..ape yg kita usahakan berserahlah kpd Allah dan percaya dengan Allah. nak buat apa2 pun ingat kat Allah. mulakan dengan bismillah akhiri dengan alhamdulillah. 

peringatan buat diri ini juga, apa2 pun yg Allah dah tentukan, itu adalah yg terbaik buat kita. jangan putus percaya dengan Allah, Tuhan yang Maha Adil, maha pemberi kurnia :)

credit to,

p/s: sangat geli dengan ulat sampah..







No comments:

Post a Comment