Sunday, December 25, 2011

^^,

FARAH!!!!
jangan menyerah!
teruskan usaha!
gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya kan..
igt, Allah takkan aniaya hambaNya..
keep trust in Allah..
jangan putus asa..
yup, believe in yourself.. :)


Saturday, December 24, 2011

ujian tanda Allah sayangkan kita :)

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! Smile


p/s:just copy paste from somewhere else. hopefully ujian akan lebih menguatkan iman kita. insyaAllah........
 devotees :) my favourite nasyid team..hehe..

Sunday, November 20, 2011

macamana nak elak zina hati?


1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)
4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com

Tuesday, November 8, 2011

salam AIDILADHA

assalamualaikum..

first of all, nak ucap selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA kpd semua muslimin n muslimat..
semoga ALLAH sentiasa limpahkan rahmat dan kurniaNYA buat kita semua..
yup. setelah berzaman aku tak menekan keyboard laptop ni dekat wall ni, akhirnya aku nak jugak tulis something ari ni kat sini..da jadi ape ntah kan blog aku ni..dah bersawang penuh..hehe..
pape pn, sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, aku rupanya da abis satu semester dkat pasum tu..tgal lagi satu semester je..cepat sungguh masa berlalu..life aku kat sana? alhamdulillah ok2 saje..nothing much to say actually..aku kene teruskan usaha aku dkat pasum..lagi setengah tahun je..yes, i juz have to believe in myself..and..MUET is juz around the corner..be ready! :)

Sunday, May 22, 2011

all the best

assalamualaikum. salam sejahtera.

hmm. nothing to say actually. but still. ya. nak jugak tulis something ari ni. nak ckp pasal ape? ntah la.
erm, td aku on la fb aku. mcm biase la kan. everyday mesti rasa nak bukak fb tu. da addicted kot. adoii. mcm mane la da masuk u nanti kan.
bile bukak fb tadi, laaa....cket nye kwn yg online. hmm. yela. ramai yg dah berjaya mendaftarkan diri mereka ke dlm U kan. waaa. mesti excited kan bile da enter bangunan u tu. hahaa. memandangkan kalo sape yg dapat UiTM kene daftar semalam or ari ni, so tgl cket la kawan aku yg masih melekat kat umah tu. esok pulak sesi pendaftaran for those yg pergi matrix. utk yg nak pegi UM or UIA daftar 29 ni. kan kan??

ok la, tak kesah la korang sambung belaja kat mane pon kan, aku juz nak ckp ALL THE BEST  la utk korg. n yess, congratulations! take care ok. semoga Allah SWT sentiasa melindungi korg kat mane pon korg berada. =))

aku pulak?? yup. aku mmg da wat decision nak enter pusat asasi sains universiti malaya (PASUM). ok. KL lagi. hehee. ^____^ perasaan??? ntahlaa. cuak? happy? risau? excited? haa. tatau2. takde feeling kot. hehehe.

semoga semua sahabatku dapat buat yg terbaik. semoga berjaya duniawi dan ukhrawi.
jgn enjoy je kat u okayy. belaja leklok. niat dan usaha itu penting. azam.usaha.doa.tawakal.(nasihat utk diri sndiri jugak).

Saturday, May 7, 2011

yg mane satu???

assalamualaikum....
hmmm. first of all, syukur kpd ALLAH, atas nikmat & kurnia-Nya aku masih bernafas hingga ke hari ini. alhamdulillah. :)

alhamdulillah jugak. rezeki drpd Allah. aku dpt matrix. tp kan kat KEDAH la. tak mintak pon kat changlun tu. but still takpe la. dlm 3 jam je dr rumah. bukan jauh sgt pon.
hmmm, tapi yg ni mmg di luar jangkaan aku. semalam, da bley check utk upu kan. check2....aikk?? waaaa. dpt UM dohh. really UNEXPECTED! alhamdulillah. asasi sains hayat. my third choice dlm borang upu tuh.

tapi kan kengkawan aku yg dpt kat um tu ramai yg straight A's. aku ni mcm tesesat je. ape pon, rezeki Allah bg utk aku kann. syukur~

hmm...yg jd problem nye, aku tataw nak pilih yg mane 1. asasi sains ke matrix?? matrix ke asasi sains?? haihh.
ramai yg suruh pegi untuk asasi sains tu. da la kat um. ntahlaa. kalo aku g um, jd org KL lg la nmpknye ea. hehee.

ape pon, solat istikharah dulu, mintak petunjuk Allah.
belaja kat mane2 pon same kan. janji nak belajar.
harap2 aku buat decision yg terbaik utk diri aku ni. :)

Saturday, April 30, 2011

..SABAR itu indah..

Doa Ketika Ditimpa Musibah
1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah
Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~
2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.
INGATLAH!
Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ingatlah, marah itu mudah! Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya. Kita marah sehingga bisa mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan. Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, nauzubiLLAH
Dan Ingatlah,sabar itu terlalu indah! Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.

Tuesday, March 29, 2011

hidup indah jika bersama Allah

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
ya, Hidup ini indah jika brsama ALLAH.......

Thursday, March 24, 2011

semalam adalah sejarah~

semalam, 23mac2011... the announcement of spm result for 2010 spm candidates. erk, aku la tu antara orang yg amek result semalam.
ok. semalam.
awal pg lg aku da bangun. mengenangkan yg sekolah aku tu 3 jam dr rumah, so kene la betolak awal kan. smpai kat sekola around 9.30am. perasaan waktu tu? cuak jugak la. tp aku da persiapkan diri aku untuk redha je dgn ape shj keputusan yg akn aku dpt. aku yakin baik buruk keputusan tu mst ade hikmah yg tersembunyi di sebaliknya.
hmm. alhamdulillah, sekola aku berjaya dpt top10 in sbp n first in wilayah prskutuan kl.
well done seseri!
ok. 46 students dpt straight A's. bellatrix mmg hebat!syukur alhamdulillah.
TAPI.....
aku pulak??
hmm....bukan rezeki aku utk tersenarai dlm 46 org pelajar tu. tp aku still bersyukur n redha dgn result yg aku dpt. aku tau aku da usaha n berdoa. sesungguhnya, Allah jualah yg menentukan segalanya. aku yakin bhw kejayaan itu boleh diperoleh di mana shj bukan hanya dlm spm. perjalanan aku masih jauh.
Allah tahu ape yg terbaik buat aku sbg hambaNya. aku yakin itu. ya, mgkin skrg aku nak mentari tp Allah beri hujan, kenapa?rupa-rupanya Allah nak beri pelangi slpas itu. aku yakin, kalo aku terus berusaha, Allah akan tolong aku. Allah akn ttp beri kejayaan itu buat aku. tp bila? hanya Allah yg maha mengetahui. nikmat Allah selama ini yg aku peroleh pon tak ternilai dan aku sangat dan amatlah bersyukur.alhamdulillah.

hmm..tipu la kalo aku ckp aku tak nanges. sedih kot. yela, tgk kawan2 yg dpt straight a's tu. sape tak jealous. tgk parents dorang happy sangat. tp parents aku pon happy jugak. bersyukur dgn ape yg aku dpt. mama, ayah, sorry for dissapointed u both tp mama n ayah tau kan farah dah usaha. =(
erm, nabi penah bersabda bhw jgnla kamu memandang org yg di atas kamu tapi pandanglah org yg di bwh kamu. kelak kamu akn bersyukur. (lebey kurang camtu la).

aku tahu kejayaan atau kegagalan adlh ujian Allah. Allah nak uji keimanan kita. bile berjaya kita igt Allah ataupun jd riak dan bangga diri tanpa bersyukur dgn kurniaan Allah itu. ataupun bile kurang berjaya kita redha dan yakin dgn kekuasaan Allah atau menyalahkan takdir dan seterusnya berputus asa dgn Allah. itu semua terpulang pada diri masing2. *semoga kita semua akn sentiasa mnjadikan Allah dkt dgn kita*

daripada abu said al-khudri r.a. dan abu hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yg berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan dosa-dosanya."
tengok. ujian yg Allah bagi tu dpt hapuskan dosa. hmm. nak dibandingkan aku punye result yg not so excellent ni dgn org yg kene gempa bumi la, tsunami la, perang la, ape la sangat. sikit je Allah uji ko farah oii. bersyukurlah ea. ^_^

tapi ape pon, bagi aku, aku da buat yg terbaik utk spm. da all out dah. kira ok la result aku tu. paling rendah pon B+ je kann. aiyooo. not bad laa. syukur, syukur n syukur la ea.
hmm, muhasabah la diri tu. dosa-dosa yg pernah dibuat sengaja ke tak sengaja ke.
ape pon, kembalilah kpd Allah yg hakiki. kelak selamat dan berjaya dunia n akhirat, insyaAllah.

to all my friends bellatrix n dr sekola laen pon, yg dpt result gempak tu, congrates ea! hebatla korang.
and to all bellatrixians, tak kesa la mcmana pon result spm anda, congrates tau! and all the best in future. =)
dan tahniah utk SEMUA!

hmm, to mama, ayah, family, teachers n friends, thanx a lot! sokongan dan dorongan kalian sgt bermakna.











yeay! yg seronoknya dpt jumpa mereka ini stlah hmpir 4 blan x jumpe~

Monday, March 21, 2011

hye BABY!!

ok. sabtu ari tu balek kampung la. best3.
jumpe cousins. yeha! pegi kenduri la ape la.
and yes, i met the baby. shauqi arrayyan. son of mak usu.
comel SANGAT. heheee.

hmm.... baby mmg la sangat comel. baju kecik, seluar kecik, sumenye kecik. COMEL!  rasa mcm nak jd baby balek je..... =D  sume orang suka. kalo lapar nanges je. nnt dptla susu. waahhh. senangnye jd baby kann. heheheee. ape pon tak pyh fikir. =)

ok. sgt seronok spent time with cousins. =DD

Friday, March 18, 2011

4 hari 3 malam........

assalamualaikum.........


semoga kita semua senantiasa berada di bawah kerahmatan Allah swt. insyaAllah.


erm, 3 hari 2 malam. aku n family n family mak andak pegi jalan2 kat pantai timur. kelantan n terengganu. yela, school's break kan. jalan2 la. ape lagi.
ari ape ek?haa. hari ahad smpai rabu. rasanye lama jugak la kitorang kat sana.




AHAD, 13 MAC


pagi ni rehat2 dulu kat umah. tunggu mak andak sampai umah. dlm pukul 12.30 la lebey kurang aku, mama, ayah, adek, mak andak, pak andak, nuha, nihal n nenek betolak ke kelantan.
dlm 5 jam smpai la kat kelantan nuh. pasir mas. pukul 5.30 camtu tepacak la kitorang niyh kat umah mek. hehehe. pasir mas ni umah parents pak andak. saje nak bercuti kat situ. plus kat sini mmg terasa la suasana kampung. tu yg best.
belom pape aku n nuha da pegi melawat kandang kambing. ekekek. ko ni farah cam tak penah tgk kambing plak ea. adoyaii. =D
hahaa. aku ni boley plak maen kejar2 ngan itik2...seronok doh tgk itik lari. tekedek kedek. hahahahahhaaaa....




ok. malam ni kitorang lepak jap dpan tv tuh tgk mentor. tunjuk ajarku sifu. huhu. da sume org tgk aku pon tgk la. kalo tak bukannye aku layan sgt pon mentor ni.


dlm kul 10.30mlm kitorang betolak pegi Wakaf Che Yeh. kira macm pasar malam la. tp segalanya ade. baju, tudung, keropok, buah n mcm2 la.
ronda2 jap dlm wakaf che yeh tu. uisy. byk betoi kereta. org lagi la ramai. parking kereta pon jaoh dohh. hmm. balek dlm kul 1 pg kot. saket pinggang!
-.-




ISNIN, 14 MAC


ok. ari ni jln2 kat rantau panjang. meng-shopping lagi. hehee. sebelum smpai kat rantau pnjg singgah jap kat masjid ni. tgk la bentuk masjid ni. mcm kat beijing je rasa.


balek dr rantau pnjg da petang. lepas makan aku turun sawah a.k.a padang(org klntan panggil). tak la masuk dlm sawah tu. jln kat batas je la.
hmm. aku rase time ni aku kena gigit pacat laa. perhaps! sebab tgk2 kat peha aku ade 2 bekas kene gigit n merah + rasa gatal. kene pacat la kot. ntahla. agak nye la. sebab aku tak nmpk pon pacat nye.hehehe.


lepas tu, kitorang betolak pergi besut, terengganu. smpai sane da mlm. ok. kitorng tido kat homestay. banglo 1 1/2 tingkat. best2. hihii. berdepan dgn pantai laaaaa.....wuhuuu.




SELASA, 15 MAC


ari ni bangun2 je, solat, mandi n jln2 di pantai. yeha! pantai kg ayer tawar. depan homestay ni je. aku suda lama tak pegi pntai. akhirnya. tak mandi laut pon. juz jalan2 kat tepi pntai n masukkan kaki je dlam air laut tu. hehehehee.




  














yeay! sarapan hari ni, nasi dagang. aku suka beno la dgn nasi dagang niyh. sodap betoi la. alhamdulillah!

tgh hari ni g makan kenduri. tu la sebab sebenarnye pon kitorang g besut niyh. hehehe. nak g kenduri cousin mama kawen.

lepas makan2 di kenduri balek kelantan balek laa.
on the way tu singgah jap beli keropok losong n segala keropok la yg ade.
pastu singgah kat pantai bisikan bayu. huhu. bayu berbisik laa. =D
saje la maen2 bina istana pasir. tak sempat siap dah dipukul dek ombak. sabar je laaa.







RABU, 16 MAC

urm, ari ni last day kat kelantan. sedey la pulak. wuuu~
the whole morning aku main ps2. yuhuu. ni yg best! smpai kul 1 lebey doh aku, adek, nuha n nihal maen ps2. tak bley bla betol. heee.
lepas solat zohor, kitorang pon pulang la ke rumah masing2.
kat umah mek, pasir mas, kelantan.









farah pon balek la tepeng ea.....

p/s: tetibe je ayah aku pndai kecek kelate....ekekek.. =DD

Saturday, March 12, 2011

empat golongan yang ditarik oleh perempuan ke neraka

Assalamualaikum. hari ni just nak share sikit pasal golongan yg akan ditarik oleh perempuan ke neraka. 

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat
golongan
lelaki
bersamanya ke dalam neraka.

Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,
mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup
aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka
dia
akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang
alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik
oleh
isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh 
pula kepada
abang-abangnya.  jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan
adiknya
di
akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram
dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat
kelak.
nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah
di
akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar
ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API
NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak
lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan
perintah
ALLAH
S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan
tertarik oleh mana-mana pihak ke dalam neraka....


semoga kita semua dirahmati oleh yang maha Esa...

Friday, March 11, 2011

ikhtilat???

Ikhtilat bermaksud pergaulan, dalam Bahasa Melayu yang berasal dari kata dasar khalata iaitu bercampur.

Percampuran ini boleh berlaku di kalangan manusia, haiwan atau benda.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua
orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan,
pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai
khalwat.

Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.
Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.

Dalil-Dalil Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun
pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana
dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan.

Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan
berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum
solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.
Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan.

Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya
adalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini [rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan],
namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran
tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia.


Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:- Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja.malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki.

- persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar.

Di universiti, keadaan sama berlaku.

Pengecualian Bagi Hukum Asal
Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau
menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain.
Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

- Muamalat Maliyyah (urusan harta)Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain
transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

- Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.

- Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya
melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan
perempuan secara total amat terhad.
- Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini
kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara
seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

- Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan
yang mendesak.
Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau
keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempattempat
awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlismajlis

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar.
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan
pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang
mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut
. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi
antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini
jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam

- Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.

- Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.

- Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah
seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.

- Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.

- Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Thursday, March 10, 2011

keli OH keli~~

ape benda la yg aku nak ckp pasal keli oh keli niyh ea???hahaa..
mesti la aku nak cite pasal IKAN KELI..
urmmm....yummy.....wohooo..ckp pasal ikan keli je aku jd excited..my favourite tuh...
almost every day bile time aku punye lunch je ade ikan keli...hehex..
tak kesa la keli goreng ke keli sambal ke...janji keli...


jap cuba tgk bwh ni....
hakhak...msti rase geli....aku tgk ni betol la rase tak lalu makan...lagi la kalo tgk yg bergerak gerak tuh...hee~

tapiiiii.......
kalo tgk yg da masak punye terliur aku...
terus rasa lapar...hehex...
sedap giler!!!!! <3 <3
aku rase aku ni pntang la nmpak keli goreng ke ape ape keli yg da dimasak laa...
mesti nak punye...
kalo makan nasi campur kat luar pon mst aku pegi cari whether ade tak ikan keli...huhu..
nmpak je terus sambar...

eh, jap.aku ni suka sangat kat ikan keli tp cam tataw je ape khasiat dye...

so, aku pegi la google sat ape la khasiat hang ni na keli oii....

haa..ni dye...KHASIAT IKAN KELI.

Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak


hoho...baru aku taw...bagus gak la aku suka ikan keli ni ea...hehehe...
yes! ari ni pon ade ikan keli goreng lagi! yeha! alhamdulillah... =)

woohoo.....sodapnye!!!!

Tuesday, March 8, 2011

sedikit petua utk menguatkan daya ingatan

assalamualaikum....
hmmm..ari ni just nak post sedikit petua utk kuatkn ingatan...mende ni sume aku copy paste je dr mane2 artikel ntah yg aku jumpa...aku sure korang pon ramai yg da tau pasal ni...tapi aku just nak share.... =))


Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya



Keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:


1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.


InsyaAllah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.


Monday, March 7, 2011

hukum tabarruj

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari r.a ada berkata: “Tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an –Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang tujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dlaam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: “Asma binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :

“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”.

ketika itu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

bulu mata palsu~~

Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

..hukum tidur selepas subuh dan selepas asar..

Sabda Nabi:


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.


hmm...ni peringatan utk semua termasuklah diri aku sendiri...sesungguhnya, tak elok tidur lepas subuh & lepas asar....renung-renungkan ya! =)

maxwell hill

assalamualaikum...........

hmmm....nak citer ni je....ade la ari tu, 26/2....ari sabtu....da lama da....
aku n kengkawan saje2 jalan jalan kat maxwell hill a.k.a bukit larut....hehex...da bezaman duduk kat tepeng ni la first time aku g sana...xixi...
kepala yg mengajak nye ialah cik aufa...so, kitorang mmg lama tak jumpa kann...disebabkan suda bosan asyik pegi ts or tesco je setiap kali nak jumpe, so, kali ni kitorang jumpa kat tmpat laen plak...MAXWELL HILL...hihi...

bile sume da bekumpul kat kaki bukit larut tuh, breakfast la dulu...eh jap, lupa nak cakap..sape je yg join ea...hmmm, yg ade waktu tu aku, aliya, aufa, izyan, mimi, wan & syahira....

da breakfast, pegi la jalan...konon nak daki bukit larut tu bejalan kaki...tp aku n aliya teringat pesan parents kitorang yg tak kasi naik bukit tu jalan kaki...lagipun kalo jalan je smpai kat mane je la...mst semput tgh jalan...da la bukit kot...hmmm...
so, kitorangkena la naek jip...baru la smpai atas bukit...waktu tu da pukul 9...kitorang punye jip pkul 10...satu jam lg maa...hmmm...lepak2 la dulu...

bila da pukul 10 jip pun ade la...aku duk ujung skali dohh...adoii...tu la pegi tandas lg...kan.


dalam duk naek bukit tu,perggggggghhhhhhhh.....rasa macam nak tegolek dr jip tuh...aku da la duduk ujung sekali...pegang la besi kat tepi tu kuat2...kalo x, mmg melayang....tapi aku tabik la driver jip tu....cekap giler bawak...dgn byk lencongan 180darjah...hehex...kalo x cekap mmg masuk gaung laaaa....

smpai je kat atas, kitorang tekejut gak la.....laaaa, cam ni je ke kat atas niyh...tadek pape pon...juz ade la umah2 utk sape nak menginap kot....hurmmmm...tak kesa la....
so, tak buat pape pon, juz jalan2 kat jmbatan gantung & tu je la....




haaa....waktu kat atas tu la kitorang jumpe mat saleh...hehex...anak dye comel giler dohh.....geraaaammmmmmm!!!!!
da la rambut perang, mata biru pulak tu....hmmm...rasa nak culik bawak balek umah jep...huhuhu...kalo itu tak mnjadi kesalahan da lama aku buat....tapi yela, mana boley kidnap anak org kann...tak pasal pasal masuk lokap kang...hehex...ape la aku merepek niyh...haihh... ^_^


pastu, da pukul bape ntah, dlm 11.40 camtu kot...kitorang turun la...balek la ape lagi...waktu naek jip nak turun tu, alahai...sume mabuk kot....aku ni da loya rasa mcm nak temuntah dahh....mmg kepala pusing2 laa...
smpai je kat kaki bukit, sume nak balek...da tak tahan da...nak rest...
hmm, sementara nak tgu ayah aku smpai, lepak sat kat kedai makan tepi tu...huh,,aku tenampak la pulak twisties...teringin la pulak...da la...beli n makan je la...yela,,bezaman dah aku tak makan bende cekedis niyh...makan twisties je hilang dohh...pening2 aku td...hehex...macam2... =DD

ok la, tu je kot...tp kitorang enjoy gak la...dapat spent time ngan kengkawan.... ^_^ <3





definisi cinta dalam al Quran

ermm, ni ade la artikel aku baca ttg definisi cinta dlm al-Quran.........

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karena kualitas keimanan ruhani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.

Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.


Ya Allah
Ketika aku menyukai seorang tmn, tlng ingatkanlah aku bhwa di dunia ini tak akn prnah ada sesuatu yg abadi.
Sehngga ketika se2orang meninggalknku, aku akn tetap kuat & tegar kerna aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, yaitu cinta-Mu Ya Allah

Friday, March 4, 2011

MAsak maSAK & jaLAN JAlan

olaa....malas sungguh....ape nak jadi niyh??!! erkkk..

pape pun, semalam i had a great time..really great time!!! hehex...apesal pulok??!!
yela semalam aku n my 'girlfriend' main masak masak...err...jap bukan maen masak masak macam zaman kanak kanak dulu....ni masak betol2 ea...hehee...
kitorang actually just nak spent time sama2...bosan melangut di rumah so baek buat something....tetiba ade satu malam tu terfikir pulak nak pegi masak sama2...yela...da jd anak dara kena la reti buat keja camtu....dah dah...berenti merepek...aiyo!

semalam, 3.3.2011.....pagi2 lagi aku da tecongok kat depan umah aliya, my best friend lor...da masuk umah dye....duduk duduk, lepak lepak, tgk tv, online jap....heee...dlm duk lepak lepak tu, tgk2 jam dah pukul 11.30....bile nak start masak oii....!!! >.< ok2...JOM MASAK!!!

kitorang pon pegi la dapur n start la memasak...reti ke mak cik 2 org ni masak..???! erkkk...ntah la...tibai je la....hehex...jap! nak masak ape ea??terpikir pikir la kitorang time tuh...tgk ade ikan, ade ayam....ok! kita goreng ikan...erkk. tu sume org pon reti buat... sonang je...tp takpela goreng ikan...pastu, ayam tu nak masak ape??hmmm.....

ok2! kita buat je la...jd ke tak ke...haa!suddenly tekeluar idea...kita masak ayam masak black pepper ke ape ape je la nama nye...

dlm sejam lepas tu...err...sejam ke??hmmm...bejaya la kitorang mempersembahkan masakan kitorang....tgk jap....hmmm..ade la rupe dye...hehex.

lepas masak memasak pegi la lepak balek dpan tv uh...tetiba rasa lapar la pulak kann...so, pegi la makan....jom kita rasa amende yg kita masak tu...rasa punya rasa, hmm, boley la tahan...hahahahaaa.... =DD

kitorang pun besiap la lepas makan tu....nak g jalan2 pulak! yeha! mana lagi kalo bukan ts (taiping sentral) n tesco....tu je la tempat yg selalunya dituju....mcm da bosan pun ade...tp tapela...janji aku n aliya dpt jalan2... =))

smpai je kat ts...alamak! jumpe minah ni lagi...sape lg kalo bukan budak aishah...kuat betol bekerja...hekhek...tak mcm aku n aliya yg kerjanya melangut di rumah....tapela aishah,, duit masuk kann...

smbung jalan2...jumpe la jiran aku....jalan lagi jumpe kawan....jalan lagi jumpe kawan lagi...
hmm,,kitorang bejalan jalan je...tgk baju la handbags la selendang la masuk kedai komputer la...tgk2 rantai la gelang la....beli nye cket je...selendang je...hahaa....

da penat jalan g rest kejap mkn2 aiskrim...sambung jln balek melepak sat kat tmpt aishah keje...huhu...sakan borak...smpai aku gelak teduduk duduk....sembang ntah ape ape...hahahaa..

ok2...baek kitorang g beli mknn cepat...p la sgh kat mcd tu...membeli n bersiap sedia utk balek umah....pukul 6 dah oii...xixi...

yeha! itu la dye kerja aku n aliya, bebudak yg tgh tgu result spm n sudah kebosanan di rumah...hmmmm.................

Tuesday, March 1, 2011

any given time

a song by outlandish~ any given time



Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been
In any given time

I swear by The Lord of the moon split in 2
5 o'clock in the morning, I be calling You

I'm totally lost with out Your light
I'm finding my self on the strive all the time
Not a single day goes by

I'm out to fight the devil but never fought myself
Read a thousand books but never read myself
My souls starving it needs to be fed lord I need your help
Hell with the devil my biggest enemy's myself
It makes me wonder am I doing this for the right reasons
I mean the money the fame and game all sounds appealing
Instead of entertaining I prefer to enlighten
But then again who am I to be in a position
To represent a whole generation of kids and to make them believe
When till this day I still struggle to uphold my deen
I read a 100 God is great in less then a minute
And though my tongue is fast like twista
My hearts not in it

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been
In any given time

By the one in whose hands my soul is there is no match
To think a spider couldn't? weave a curtain just like that (break)

I wouldn't be here without Your light
I'm finding my self on the strive all the time
Not a single day goes by

Sí que tengo fervor, devoción para dar mi granito de arena
Y mi aspiración mantenerla serena
Yo Tengo buen criterio aunque a veces esta difuso
Yo Tengo mi firmeza de la cual a veces abuso
Yo trato de ser justo, me sobra lealtad
Coraje valentía, me falta sobriedad
Diferentes situaciónes,diferentes actitudes
Afectan mi progreso y todas mis virtudes

[Translation]
Sure I have fervour to give my grain of sand
And my aspirations keep them serene
My perception is sound even though it sometimes gets fuzzy
I have my resolution even though I sometimes abuse it
I try to be righteous, I abound in devotion
Courageous irascibility, I lack moderation
Different situations, different attitudes
Hamper my development and all of my virtues

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been
In any given time

Mercy with out boasting
Gifts with out terms
Goodness with out anger
Forgive with out reason
Any given time
I do my best to strive
In Your name I rise
The apple of my eye

Even when I'm not alone
You are closer than the veins in my neck
Even when I'm all alone

Even when I'm in sleep
You are closer than the veins in my neck
Even when I'm in it so deep

Even when I'm all gone
You are closer than the veins in my neck
Even as I'm singin' this song

Even when I'm on a high
You are closer than the veins in my neck
Even when I try to touch the sky

Mmm any given time He'll be there
I don't really have to say no more
Mmm any given time He's right here
Embedded in my living soul - oh for sure
Oh any given time I see
The beauty that has always been
In any given time

Thursday, February 24, 2011

play PLAY in the RAIN >_<''

this morning........apesal la rase sejuk sgt niyh + mengantuknyeeee.....rasa tanak bangunn...
tapi kena bangun jugak kalo tak burn solat subuh aku...bangun farah...BANGUN!!!

eyt, HUJAN laa...patot la sejuk semacam je...

abes solat, hujan still tak berenti...
dlam duk mndgr hujan turun n guruh berdentum....
tetiba teringat pulak scene maen ujan kat skola dulu....waaa~SERONOK giler!!



hahaa...time ni waktu berakhirnya last paper spm...
last paper utk kitorang waktu tu which was biology paper 3...
yeayyyy!!!! abes je paper tu sume menjerit tak igt dunia...waktu tu jugak la hujan turun dgn lebatnye...mcm paham je kitorang da abes spm...huhuhu...
abes je paper bio tu aku terus naek kelas pulangkan buku text n kemas2 buku n barang2...yela...esoknye kan balek...

da abes urusan aku kat kelas terus aku turun dorm...wahh..hujan lebat betul! smpai kat dorm, tekejut aku..my dormmates ckp 'jom maen ujan'...haa??jap. hurm, good idea la...kite kan da abes spm n da abes skola pon...haha..jom2...da tak payah ikut rules da..belasah maen je la...erkk.. =DD

kitorang pon ape lagi...SERANGGGG ujan! yeha...best nye...da tak igt dunia dah......^^

lama jugak la duk bawah hujan tuh...tangkap gamba la itu la ini la...da puas maen ujan kitorang pegi pulak dalam bilik mandi, pasang shower, duk dlm tu ramai ramai...mmg da tadek keje la waktu tu...HAPPY sgt...isy3!

lepas tu boley pulak pegi smbung maen ujan...seronok la beb..bukan snang nak dpt chance maen ujan ni...hihihi... =D

da la kitorang kuar masuk dorm...abes dorm basah penuh air...adoii..mcm2.....>.< 

hahaa...enjoy habis la waktu tu.....................