Wednesday, January 26, 2011

kajian perubatan tentang daging babi

assalamualaikum...
saya ada terbaca sebuah buku ini.dalam buku ini ada diselitkan mengenai kajian perubatan tentang daging babi.saya terfikir untuk kongsikan di sini..

1. dr.ibrahim kazim, dlm rencana tulisannya 'medical aspects of forbidden foods in islam' tlh mnjelaskan ttg penyakit yg dibawa oleh daging babi.
babi boleh mndatangkan pelbagai penyakit kpd manusia khususnya jangkitan parasit. kebelakangan ini, kajian lanjutan tertumpu kpd msalah nyanyuk. usia tua mnyebabkn ciri pengerasan lapisan saluran darah ke jantung, otak dan sbagainya dlm proses dnamakan aterosklerosis. apbila pmbekuan darah berlaku, ia mngakibatkn trombosis koronari atau serangan jantung dan trobosis serebrum atu strok.
lemak babi mngandungi 2800 unit vitamin D per 100g dan tiada vitamin A. vitamin D dkatakn brtanggungjawab terhadap penyakit ateroma, dgn myebabkan pningkatan pnyerapan kalsium dan pnimbunan kalsium dlam salur darah.
lemak bnatang mngndungi asid lemak tepu yg mnjadi salah satu punca ateroma di kalangan lelaki. lemak bacon mngandungi 25 % protein dan 55% lemak.

2. kandungan lemak dlam daging babi mlebihi apa yg terkandung dlam daging-daging lain serta mngmbil masa yg lebih lama utk dihadamkan. dr. muhammad jaffer melalui sebuah rencana dlm the islamic review tlah mnyenaraikan 16 jenis kuman berbahaya yg dtemui dlm daging babi serta pnyakit yg dibawanya.

3. jumlah pesakit yg mngidap penyakit cacing pita adlah yg tertinggi di dunia di klangan negara yg pnduduknya memakan daging babi, cacing usus mnyebabkan penyakit lain yg berpunca drpd babi.

Tuesday, January 25, 2011

a girl's heart desire

Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.
But,
deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.
Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.
But,
I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.
Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.
But,
I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,
Because in the end,
it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,
I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?
Love is all it takes.
Love.
InshaAllah
- Artikel iluvislam.com

insyaALLAH

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku. - www.iluvislam.com
Maher Zain, Thank You Allah

Sunday, January 23, 2011

bagaimana bertawakal dalam ibadah

Bila kita sebut mengenai tawakal, pasti kita akan terbayangkan musibah dan ujian. Begitu juga tawakal dalam urusan keduniaan seperti mencari rezeki, menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Saya juga berfikiran sebegitu sebelum ini sehinggalah saya membaca satu tulisan Ibn Taimiyah rahimahullah
Dalam Majmu' al-Fataawa yang menyebut bahawa mereka yang menyangka bahawa tawakal itu hanyalah untuk menuntut bahagian keduniaan adalah satu sangkaan yang salah!
Bahkan tawakal dalam urusan ibadah adalah lebih utama [Lihat : Majmu' al-Fataawa, jilid 5, bahagian 10, hlmn. 16]. Lepas membaca tulisan beliau, saya terfikir-fikir bagaimana nak memahamkan apa yang dimaksudkan dengan tawakal dalam urusan ibadah.
Alhamdulillah, dengan petunjuk dari Allah, akhirnya saya memahami maksud statement tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh Ibn Rajab rahimahullah dalam Jami' al-'Ulum wa al-Hikam mengenai tawakal.
Apabila kita melakukan satu ketaatan kepada Allah, tidak kiralah samada solat, puasa, zikir, membaca al-Quran, haji, umrah dan sebagainya, kita sering mengharapkan pahala daripada Allah atas amalan kita.  Kita bertungkus-lumus melakukan ketaatan kerana inginkan syurga. Tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk bertawakal kepada Allah; iaitu kita lupa untuk menyerahkan urusan ibadah kita kepada Allah.
Kita merasakan bahawa ibadah kita semata-mata mampu membawa kita ke syurga, sedangkan kita tidak sedar bahawa melaksanakan ibadah itu adalah satu sebab untuk kita masuk ke syurga dan selamat dari api neraka. Tetapi Allah jualah penentu segalanya!
Tetapi ini tidaklah pula bermakna kita bersahaja dalam melakukan ibadah dan mengharapkan rahmat Allah semata-mata. Ambillah sebab (ibadah) dan bersungguh-sungguhlah kerana ia merupakan satu kewajipan yang diperintahkah oleh Allah.
Disebut dalam satu hadis :
'Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa berusaha (supaya menjadi seorang yang taat dan patuh) dan beramal untuk apa yang akan berlaku selepas mati manakala orang yang malas (berusaha) pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berharap agar Allah akan mengampunkannya"
[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Majah, al-Baihaqi, al-Tabarani dan al-Hakim]
Al-Tirmizi berkata hadis ini hasan. Al-Hakim : Hadis ini sahih atas syarat al-Bukhari tetapi al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini bukan atas syarat al-Bukhari, dan Abu Bakar (salah seorang perawi hadis) adalah waahiin]
Sama juga apabila kita sakit. Kita berusaha mencari ubat untuk mengubati sakit kita, sedangkan ubat hanya sebab. Allah jualah penyembuh setiap sakit.
Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Hud ayat 123 yang bermaksud :
"Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya."
Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam juga ada bersabda : '
Sesungguhnya amalan seseorang itu tidak akan dapat menyelamatkannya', mereka (para sahabat) berkata : Walaupun tuan wahai Rasulullah? Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam menjawab : 'Walaupun aku, kecuali mereka yang mendapat rahmat dari Allah...'
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari (6098) dan Muslim 2816)].
Laksanakanlah ibadah dengan bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada Allah sepenuh jiwa. Semoga Allah mengurniakan Syurga buat kita semua.

Saturday, January 22, 2011

jadilah anak jantan

Izra adalah teman sebilik anak perempuan saya di hostel. Sebagai seorang siswi yang tinggal jauh daripada ibu dan bapanya, Izra kerap berkunjung ke rumah saya pada hujung minggu. Itupun sekiranya dia tidak keluar berdating dengan teman lelakinya. Oleh kerana dia kerap datang ke rumah, selalu juga saya bersembang dengannya.
Pada suatu hari, Izra tampak muram. Lama sangat murungnya. Saya mengagak remaja sepertinya tidak mungkin bermuram begitu lama jika tidak kerana bermasalah dengan teman lelakinya. Oleh kerana risau dengan kerisauannya, saya mula menyelidik. Benar. Soalan saya dijawab dengan anggukan yang lemah, tanda dia tidak berdaya berdepan dengan problemnya.
Mengikutnya, semakin sehari, teman lelakinya kian bergantung kepadanya. Mula-mula sekadar meminjamkan buku-buku rujukan, kemudian teman lelakinya meminta pula nota-nota kuliah untuk disalin apabila dia ponteng. Sebagai teman, Izra ingin sekali membantu orang yang disayangi.
Namun, semakin sehari, teman lelakinya semakin menyalahgunakan kebaikan gadis itu. Bermula dengan belanja makan, si teman lelaki sudah mula meminta Izra membuat top-up telefon bimbitnya, meminjamkan wang, membelikan pakaian dan akhirnya membasuhkan juga pakaiannya. Izra bukan sahaja menjadi teman wanita, tetapi akhirnya menjadi peminjam wang dan juga tukang dobinya.
Saya nasihatkan Izra agar berfikir panjang mengenai masa depannya sebagai siswi. Sebagai orang yang belum bergaji, dia perlukan setiap sen wang PTPTNnya untuk menampung kos pengajiannya. Dia tidak boleh menanggung orang lain, apatah lagi seorang teman lelaki. Ya. Seorang lelaki.
Apa yang dihadapi oleh Izra menjadikan saya kian bimbang dan rimas. Ini adalah kerana, semakin sehari, saya makin kerap terdengar cerita lelaki-lelaki yang bukannya anak jantan. Golongan ini adalah jenis yang lemah semangat dan pendirian. Mereka tidak berkeupayaan untuk berfikir dan memajukan diri. Berwawasan jauh sekali.
Saya teringat satu insiden beberapa tahun dahulu. Rakan sepejabat saya, Fazli menjawab telefon dengan suara tinggi dan membentak-bentak. Setelah meletakkan telefon, saya bertanya Fazli, apa yang membuatnya menyinga. Katanya, dia menerima panggilan bekas teman serumahnya, si polan yang hendak meminjam wang.
Fazli begitu marah kerana kawan lamanya itu sudah pun bekeluarga. Perangainya suka meminjam wang dan berhutang telah menjadi karakternya. Padahal, gajinya lebihkurang sama dengan Fazli. Kata-kata Fazli itu masih terngiang-ngiang di telinga saya,
"Sampai bila dia nak hidup dengan meminjam dan berhutang? Dia sudah ada keluarga, bukannya masih bujang! Bukan anak jantanlah, kalau hidup masih ditanggung orang!"
Di kalangan anak muda, golongan lelaki yang bukan anak jantan, hanya menghabiskan beras.
Mereka bukannya memilih kerja, malah tidak mahu bekerja langsung. Mereka enggan membantu kerja-kerja di rumah walaupun sekadar menolong menghantar adik ke sekolah. Mereka lebih suka berlingkar di tempat tidur di sepanjang hari kerana mereka manusia malam.
Ada juga lelaki yang sepatutnya menjadi ketua keluarga lebih suka membiarkan si isteri menanggung segala perbelanjaan seisi rumah. Sewa rumah, bil api, air, astro dan perbelanjaan dapur semuanya ditanggung isteri. Gajinya hanyalah untuk dirinya sendiri.
Keadaan pada hari ini di mana si isteri turut bekerja bagi menampung ekonomi keluarga turut menjadikan lelaki yang bukannya anak jantan, naik lemak. Sikap baik si isteri ingin membantu akhirnya menjerat diri. Akhirnya, memberi nafkah kepada keluarga sudah beralih kepada si isteri.
Lelaki sebegini mempunyai pandangan yang terbalik. Dia menjadi ketua keluarga atas kebetulan semata-mata. Entah-entah kahwinnya juga disponsor sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Dia tidak tahu peranan, tanggungjawab dan kewajipan sebagai ketua.
Mereka mungkin sekali tidak menerima didikan mengenai peranan lelaki sebagai ketua, pemimpin dan suami daripada ibu bapa. Kelelakian adalah pembinaan peribadi tidak terdapat dalam sukatan pelajaran sekolah. Kerana itu, ibu bapalah yang seharusnya mencorakkan mereka agar menjadi lelaki yang sebenarnya, mengikut fizikal, mental dan perwatakannya.
Bila tiada didikan, golongan ini tidak tahu peranan mereka. Lalu mereka berbuat sesuatu mengikut suka hati. Akhirnya mereka menjadi lelaki-lelaki yang tiada kekuatan jiwa, rasa ingin merdeka untuk mencari rezeki sendiri dan ingin menguasai dengan menjadi pelindung keluarga yang mereka ketuai.
Oleh kerana lemahnya fikiran untuk belajar daripada suasana sekeliling, memperoleh ilmu melalui pembacaan dan mendapat iktibar melalui tatapan di TV mahupun internet, mereka tidak tahu yang mereka tidak tahu pentingnya ilmu menjadi anak jantan. Akhirnya mereka bukannya menjadi pemberi, sebaliknya hanya menjadi peminta, sama ada kepada kekasih, isteri mahupun ibu sendiri.
Dalam pada itu, masih ramai lagi lelaki yang mempunyai sifat-sifat anak jantan. Lihatlah mereka yang bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, peneroka, drebar teksi, askar dan apa jua kerja-kerja yang memerlukan tenaga tulang empat kerat. Walau betapa susah dan payahnya mereka, dapur di rumah sentiasa berasap dan anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran.
Jika direnung, pertambahan lelaki yang tidak bersikap seperti anak jantan berpunca daripada kita yang sudah hidup selesa. Tentu sekali kita selesa hari ini kerana bermula dengan kepayahan. Bila sudah senang, kita tidak mahu anak-anak kita susah seperti kita dahulu.
Lalu kita tidak mahu melasak anak kita dengan kesusahan dan kepayahan.
Tanpa kita sedari, anak-anak kita dimanjakan. Bangun pagi dikejut, tidurnya didodoi. Ke sekolah dihantar dan kembalinya dijemput. Mereka hanya duduk goyang kaki dan makan tidur di rumah. Sebiji pinggan pun mereka tak perlu mereka basuh. Biar ibu atau bibi sahaja yang menguruskan.
Jika kita inginkan anak-anak yang teguh personalitinya, kita harus berani memberi kesukaran kepada anak-anak, khususnya anak-anak lelaki. Latihan yang mensasarkan kepada pembinaan fikiran sudah terlalu banyak ditumpukan. Apa yang perlu dititikberatkan pula ialah latihan untuk membina fizikal.
Latihan kelasakan, keberanian, kecekapan dan ketangkasan fizikal perlu dijalankan seiring dengan latihan mental. Ertinya, kita perlu latih anak kita berlari, melompat dan memanjat. Mempekakan naluri kelelakian ini akan melahirkan lelaki yang bersikap seperti anak jantan!
- Artikel iluvislam.com

Tuesday, January 4, 2011

yeah! today is the first day of school for 2011..hm, first year for me tak bangun awl2 pagi utk pegi skola...ngee~what a haven!tapi still miz skul n frenz for sure..duk umah boring gak..